Tuesday, 21 June 2011

Warna-Warni Senyuman

Senyum tak perlu kata apa-apa :)

Sebagai mana jamaknya budaya, senyuman juga kini telah mengalami perkembangan. Senyum menjadi sangat berbeza-beza dengan nilai dan karakteristiknya masing2

Dari warna-warni senyuman itu dapat dbahagikan menjadi beberapa bahagian

Antaranya adalah seperti berikut:

  • Senyum Egois
    • Sebuah senyuman yang tidak bersahabat. Senyuman tersebut terbentuk dari perasaan dendam kesumat. Senyum jenis ni dapat menyakiti hati sesiapa sahaja yang melihat nya.. dasyat dasyat
  • Senyum Menggoda
    • Sebuah senyuman liar yang bertujuan untuk memperdaya lelaki-lelaki yang bermata keranjang. Suatu perbuatan yang dapat menjerumuskan orang ke dalam jurang kemaksiatan. Nauzubillah !
  • Senyum Ketabahan
    • Sebuah senyuman yang muncul dari orang-orang yang perkasa dan hebat. Peribadi yang mampu menghadapi pelbagai musibah dengan tabah, tanpa keluh-kesah. Senyum ini akan dirasakan oleh orang-orang yang merasa dekat dengan Allah. InsyaAllah :)
  • Senyum Berwibawa
    • Sebuah senyuman yang menghiasi bibir orang-orang yang berwibawa dan mempunyai kekuatan dalam hidupnya. Biasanya mereka pernah melalui musibah yang berat kemudian berjaya. Sehingga masalah yang berat sekalipun dapat diatasi jika seseorang mampu dan memiliki senyum seperti ini. Subhanallah !
  • Senyum Ketulusan
    • Sebuah senyuman yang datang dari relung hati yang paling dalam. Muncul untuk membahagiakan, menghormati dan memuliakan orang lain. Senyuman ini menunjukkan keadaan yang sejajar antara bibir iaitu lahiriyah dengan hati iaitu batiniyah.
Sebuah senyuman yang dalam syariat Islam mempunyai nilai ibadah, sebuah sedekah yang mudah dan ringan
Bak kata pepatah... 
SENYUM ITU SEDEKAH
Sungguh mudah bukan untuk mengutip pahala daripada senyuman ini ? :)


Sumber:  SENYUM & TANGIS RASULULLAH S.A.W

No comments:

Post a Comment