Alhamdulillah, Ramadhan kini akan muncul tiba. InsyaAllah, panjang umurku untuk menikmati nya. Sungguh ternanti2 bulan ini. Ye la, nak mensucikan diri, dan berhijrah ke arah lebih baik. Aku harap Ramadhan kali ni, lebih dan lebih baik lagi daripada Ramadhan yang lalu.
Macam biasalah, Ramadhan kali ni, sama dengan Ramadhan lalu, menyambut nya diperantauan ! hahaha! Bajet bagus je guna ayat perantauan haha, padahal puasa area Selangor je pon hehe. Biarlah aku, ayat aku, bagi syiookk sikit meehh.
Macam biasa jugaklah, tak dapat sambut awal Ramdhan dengan family aku kat Raub, Pahang tu. Agak terkilan sebenarnya, tapi tak ape lah, aku masih ada 'family' dekat sini. PSIS tercinta. Aku akan sambut awal Ramadhan dan sepanjang Ramadhan aku di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Kemungkinan tak balik kot time pose ni, akhir puasa baru aku pulang ke tanah air * hahaha
Itu pon sebab dapat cuti, akhir puasa dan awal raya, total, cuti raya aku just 1 minggu sahaja ya kawan2 :(
Sedih oo.. sekejap bonar cutinye. Tapi nak buat macam mana, alhamdulillah sangat lah sebab at least ada jugak cuti tu :)
Okay lah, aku harap kita masing2 dapat memenuhkan bulan yang mulia ini dengan aktiviti2 yang berfaedah disamping kita mengutip segala pahala yang boleh dikutip depan mata. Kalau ikutkan, banyak pahala kebaikan yang kita boleh buat, tak kira lah bulan Ramadhan ke tak, tapi bulan Ramadhan lebih lagi aktiviti kebaikan nya.
Aku harap nanti, kita masing2 akan berusaha untuk:
- Solat jemaah bersama-sama
- Memperbanyakkan membaca Al-Quran
- Solat sunat tarawikh,witir
- Bersedekah (sedekah la ape2 yang patut :) insyaAllah, kalau kita bersedekah, makin murahlah rezeki kita )
- Kawal nafsu (".) (terhadap apa-apa sahaja)
- Kurangkan pembaziran (bagi golongan2 yang dapat 'tajaan' PTPTN tu, kawal2 la perbelanjaan kita heheh, janganlah kita berjimba2 dalam membelibelah di bazaar Ramadhan hehe)
- Tahan lapar dan dahaga
- Dengar ceramah, menuntut ilmu, dan segala cabang education yang boleh kita join :)
- LAILATULQADAR !
- Segala-galanya free, xperlu bayaran nak buat pahala, semuanya atas daripada diri kita sendiri :D
WIWIT !!. banyak kan ? ini baru yang aku state, belum lagi yang keseluruhannya, so, tepuk dada, tanya iman, nak keredhaan Allah tak? nak pahala tak? :)
Oh ye, 1 more thing lagi:
- Jangan lupa untuk senyum selalu :D
Salam Ramadhan kawan-kawan. Harapannya, semoga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu. Aku merindui Ramadhan ini Ya Allah . :D
-NSSMZ-

No comments:
Post a Comment