Tuesday, 21 June 2011

JENIS2 TANGIS dan AIR MATA

Dalam Al-Quran, Allah S.W.T menyebutkan tentang tabiat ketawa dan menangis yang bermaksud:
Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. 
                                                                                                                     (An Najm : 43)

Ibnu Qayyim menghuraikan 10 jenis tangis yang sentiasa menghiasi tabiat menangis di kalangan manusia:

  1. Menangis kerana kasih sayang kelembutan hati
  2. Menangis kerana rasa takut
  3. Menagis kerana cinta
  4. Menangis kerana gembira
  5. Menangis kerana menghadapi penderitaan
  6. Menangis kerana terlalu sedih
  7. Menangis kerana terasa hina dan lemah
  8. Menangis kerana ingin mendapat belas kasihan daripada orang
  9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
  10. Menangis orang munafik (pura-pura menangis)

Jadi.. Allah lah yang menciptakan suatu ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Yaaa.. banyak air mata yang telah mengalir dalam dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.
Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering dan ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus... kalaulah air mata itu ditampung, maka banjirlah dunia ini 

Sumber: Buku SENYUM & TANGIS RASULULLAH S.A.W

No comments:

Post a Comment