Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Apa jadi ea bila perkara-perkara or benda-benda disekeliling kita ni boleh balas balik kata-kata and pertanyaan kita? mesti semua xsanggup nak buat jahat or buat perkara tak sepatutnya kan ? Wallahualam :)
(Tapi, sebenarnya, tak elok tau guna perkataan "KALAU" ni dalam kehidupan seharian, aku x ingat mana aku dengar or baca, tapi logically, sounds like macam kita tak bersyukur la atas apa yang dikurniakan pada kita.. emm, lebey kurang mcm tu la)
tapi tapi tapi, kalau post yang ni, aku nak buat kelainan sikit. Sebab tadi, tiba-tiba berlegar-legar pertanyaan dalam benak aku yang xseberapa nak aktif neh :)
Kalau lah...
Situasi 1: "Eww, ape neh, asek makan tauge ngan ikan kembung goreng je, muak ah macam ni!"
Kalaulah: Lauk pauk tu boley balas balik kat kita.. "Kau xreti nak bersyukur ke ha? Kau tau tak orang2 miskin, anak2 fakir tu entah ada makanan ke tak, mangsa-mangsa perang or anak2 kecik yang tengah berhempas pulas kuatkan diri untuk hidup tu makan ke tak? ada kau pk??"
Agak2 nya lah kan, kalaulah ada mcm tu, aku rasa, mesti xkan ada pembaziran dan takkan ada keluhan yang terjadi. Semua ni ujian dari Allah, dalam sedar tak sedar, kita sedang diuji, kerana Allah sayangkan kita :)
Situasi 2: "Ala, baju ni je, xde baju lain ke, aku nak beli baju lain la, baju ni dah lusuh, buang je lah!"
Kalaulah: Kain-kain tu balas balik, "Syukurlah kau ada bahan nak menutup diri kau yang serba kekurangan tu, ada kau pikir anak2 fakir miskin berbaju ke tak, malam2 entah sejuk beku, entah ada alas nak tido ke tak, ada kau pk?"
Agaknya jugaklah, mesti semua org rajin bersedekah, rajin kitar semula, and berkongsi-kongsi barangan demi kebaikan masing-masing. Wallahualam. Allah Maha Mengetahui akan segala yang tersurat dan yang tersirat :)
Situasi 3: "Rumah aku kecik je, tv pon kecik je, kereta pon murah je, kecik jugak, dah la panas, xmacam rumah orang kaya-kaya tu"
Kalaulah : Semua membalas, tak pun ada orang yang jauh lebih serba kekurangan mencelah kita then cakap "Kamu ada bayangkan tak macam mana keadaan orang yang tak berumah? Apatah lagi TV, kamu ingat semua orang dapat rezeki macam kamu ke, ada yang serba kekurangan lagi tahu, sedangkan kamu punya kenderaan, kamu ada pikir anak2 kecil, keluarga2 dhaif yang tiada kenderaan untuk digunakan menghantar anak2 mereka ke sekolah. Pernah nmpak kan budak2 jalan kaki pergi sekolah awal2 pagi, kamu tak kesal ke dengan percakapan kamu. Bersyukurlah"
Kan kan kan kan?? mesti ada perasaan malu kan terbit dari diri kita, rasa malu dengan Allah sebab tak reti bersyukur, rasa malu dengan sesama makhluk sebab xreti menikmati rezeki Allah.. kan kan kan? wallahualam.
Kesimpulannya... janganlah kita asek nak mengeluh je, bila kita dapat tahu yang kita tak setanding dengan orang disekeliling kita. Cuba kita terima apa yang kita ada, nikmatinya, dan kalau kamu atau kita nak lebih, apalah salahnya berusaha dan kejar apa yang kita nak tu kan..
Oleh itu, bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada. Kadang2, keterlebihan pada diri seseorang ni, bukan nya membawa kebaikan, tapi selalunya mengundang bencana je.. wallahualam.
Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ni, pada sesapa yang ada terbaca post ni, saya nak minta maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang saya ada terkasar bahasa, ter buat silap, terngumpat sana sini, segala yang baik datangnya daripada Allah s.w.t, dan segala kekurangan datangnya dari kelemahan saya sendiri
Selamat menjalani ibadah puasa. *Semoga Ramadhan ini dapat aku perbaiki ke arah lebih baik lagi dari Ramadhan yang lepas.. insyaAllah :D -NSSMZ- :)

No comments:
Post a Comment