Sahabat sejati sukar dicari, bila dah jumpa, hargailah dia sehingga nyawa tercerai dari jasadTahun itu, merupakan tahun terpenting buatku. Aku bakal menduduki SPM pada hujung tahunnya.
Namun, tiada apa perubahan yang aku lakukan pada diriku.
Aku sibuk mengulit perasaan cinta dengan gadis-gadis disekolahku. Hingga aku lupa akan tujuan Ibu dan Bapa ku menyekolahkan ku!
"Apa boleh buat, muka hensem macam aku ni mang dah jadi kegilaan awek2 kat skul aku" kataku sinis di dalam hati.
Perasaan bangga diri sering kali menyelubungi hatiku.
"Zaman macam ni lah, aku kena enjoy puas2". Aku terbuai2 dengan lamunanku. Sehinggalah...
"Qal, SPM dh nak dekat ni, ko xhabes2 berangan nie asal?" kata Ilham, sahabatku sejak Tingkatan 1 lagi.
Aku juga tidak pasti bagaimana Ilham boleh bertahan denganku sejak dulu walhal citarasa dan minat kami berlainan sekali.
Aku, sukakan kebebasan, Ilham sukakan kehidupan bersyariat.
Aku suka melepak, Ilham suka sangat membebel tentang itu!
Sungguh aku geram padanya kerana berpikiran dye mahu mengawal hidupku.
Aku bersuara lantang kepadanya.
"Yang ko nak sibuk2 pe hal?. Aku yang berangan, bukan kau. Eh, ko xnak lepak skali, ko ley blaaa lah wey!" kata ku sekasar-kasarnya.
"Qal, aku cuma nk ko belajar, study same2 nak. SPM lagi 2 mggu je ni. Kalau boleh, aku nak belaja sama2 ngan kau lepas habis sekolah nanti. " pujuk Ilham dengam penuh kelembutan.
Sungguh aku terlampau ikutkan jiwa muda aku waktu itu.
"Wey, ko nak blajar, blajar lah! Ajak aku buat pe?! Aishh aku pon xtau la mcm mna aku boley tahan ngan kau neh! Tak habes2 mengganggu ketenteraman aku tahu tak oi!" bentak aku.
"Qal, aku ajak kau baik2, kau xboleh ke nak cakap baik2 ngan aku?. Aku xde niat pon nak wat ko marah."
luah Ilham. Sedih
"Ohoii Ahmad Ilham Ariffie bin Ikmalshah, suke hati aku lah nak blaja ke tak. Eh aku xde mase la nak layan kau, sakit mata tau tak!. Satu lagi, mak bapak aku kaya, so aku xpandai pon, tetap ada duit. Bukan macam kau! Anak orang miskin. Mungkin, sebab tu kan kau rapat dan bertahan ngan aku. Kau nak duit aku ye?" kata ku sinis, geram, kejam.
'Baru puas hati aku' desus ku dalam hati.
"Qal, terima kasih. Tapi, aku xkisah kau nak cakap aku ape, cuma, jangan nak babitkan family aku boleh? Selama aku berkawan dengan kau, ada pernah aku mnta se sen pon pada kau?. Maaf kalau kehadiran aku dalam hidup kau selalu buat masalah. Baiklah Qal, aku balik dulu. Jangan lupa study ya." kata Ilham, tetap lembut namun aku nampak matanya bersinar dengan air mata.
'Aku kasar sangat ke? Aduii. Lantak lah, Ramai lagi kawan2 aku lah' bisik ku dalam hati
Sungguh, syaitan mengawal diri ini ketika itu.
Sejak pertengkaran itu, aku tidak pernah mahu bersua dengan Ilham, aku benci melihatnya. Aku geram!
Sungguh, Ilham tidak putus asa mengajakku study, tapi, aku dengan cara aku. Sama seperti saat pertengkaran. Aku akan beredar jika Ilham merapati. Dengan siapa? Mestilah dengan perempuan2 di sekolahku. Perempuan murahan ingatku kepada diriku sendiri.
Maka, 2minggu telah tamat dengan sekejapnye. Aku mnduduki SPM tanpa ada persiapan penuh. Ilham nmpaknye amat tenang menjawab soalan. Aku buntu seketika, lalu aku ambil keputusan untuk mengeluarkan ape sahaja idea yg ade. Lalu aku tidur.
Hari-hari berikutnya sama sahaja. Tiada peningkatan pon untuk aku.
Aku terlihat Ilham dengan kawan2 lelaki yang lain sedang tersenyum2 sambil berborak. Hari terakhir jumpa kawan di sekolah lantaran exam sudah habis. Tapi, aku tiada keberanian untuk mndekati. Aku ingin sekali meminta maaf, kerana aku mnyesal akan kekasaranku kepadanya.
Niat aku termati begitu sahaja pabila Ilham memandangku dan bergegas ke arahku. Aku lari daripadanya.
Aku keluar kota mncari kerja sambilan sambil mnunggu keputusan. Khabar Ilham tiada ku tahu.
Sampai ketika itu, semua pelajar kembali ke sekolah untuk mngambil keputusan. Yaa.. ada yang menangis, tersenyum, menadah tangan syukur dan berpelukan dengan teman2. Ilham? Ya. mana Ilham?
Seperti ku sangka, keputusan yang teruk. 1A4C4D1G. Aku gagal dalam subjek AddMath. Sungguh aku benci subjek itu !
Aku mmberanikan diri bersalamn dengan guru2ku, sambil menyatakan terima kasih. 'Ceramah free pon aku dapat'. Dan, aku tanyakan kepada Cikgu Aida, guru kelasku dan Ilham tentang kehadiran Ilham.
"Cikgu pon xtahu la Haiqal, tapi kenapa? Sepanjang cuti kamu tidak berjumpa kah?" tanya Cikgu Aida
Aku tersenyum sambil menggelengkan kepala dan beredar pergi setelah meminta diri dari beliau.
'Mana Ilham?' tanyaku sendiri. Aku puas menjejak nya. Nombor Ilham juga sudh tidak aktif.
Persoalan itu aku biarkan terpadam begitu sahaja dek ditelan arus waktu. Ilham hilang dari pandangan mata, tapi tetap segar dalam ingatan.
Aku sekarang melanjutkan program diploma di kolej swasta. Sungguh aku menyesal kerana tidak mengikuti dan mendengar teguran sahabatku Ilham. Kini, aku sudah terputus hubungan dengannya
Apa yang aku ingat, terakhir kali aku berbicara dengannya, adalah dengan lemparan kata2 kesat
Aku menyesal Ilham.!
Ingatan tentang ibu dan bapaku serta bayangan Ilham yang tulus merupakan semangat untukku meneruskan pengajian.
Aku sudah lupakan zaman persekolahan yang gagal aku takhluki, aku sudah lupakan perempuan2 yang aku godai dan yang menggodai, sungguh aku menyesal. Ya Allah, Engkau jugalah kekuatanku selama ini!
Semua aku lupakan, namun, tidak mungkin akan ku lupakan tentang Ilham.
Bertahun2 aku berusaha menggapai impian dan mndapatkan segulung diploma buat ibu dan bapaku. Sungguh, mereka terharu.
Detikku dalam hati.. "Ilham, inikah bahagia yang cuba kau bawakan kepadaku dahulu? Aku rindu pada kau Ilham!"
Mengalirlah mutiara2 halus dipipi kedua orang tua ku, sungguh mereka sentiasa ada bersamaku, aku tidak mahu menjadi anak derhaka dan menyusahkan mereka seperti dahulu. Sekarang aku sudah menjadi seorang LELAKI, yang sebenar-benarnya lelaki. Sejarah dahulu banyak memberiku pengajaran.
Ramai anak berbangga menyelami banyak lautan di pelbagai resort mewah, tapi gagal menyelami hati seorang ibu.Sungguh, aku tidak mahu menjadi anak seperti itu lagi ! Akanku banggakan ibuku, bapaku juga agamaku Ya Allah!
Sungguh aku menyokong perumpamaan ini sejak aku diberi hidayah oleh Allah Yang Maha Esa untuk kembali ke pangkal jalan.
Hadiah terbaik bagi ibu bapamu bukanlah kereta mewah, baju mahal, barangan mewah, tetapi cukuplah anak nya itu berjaya dan melakukan yang terbaik dalam kehidupannya.
Aku diterima belajar di salah sebuah IPTA yang agak gah namanya di negaraku yang makmur ini untuk meneruskan pengajian bagi peringkat ijazah pula. Alhamdulillah, sungguh berkat doa ibu bapaku, usahaku, dan ketentuanNya, akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki di sini.
Namun, hati tetap tertanya2, manakah Ilham?
Suatu hari, sekeping surat ku dapati daripada ibuku.
"Qal, ibu nak bagi sesuatu nie" kata ibuku tersenyum.
"Ya bu, ada apa." balas ku dengan senyuman tulus seorang anak kepada ibunya.
"Sudah sampai masanya ibu memberikan surat ini kepadamu nak." sambung ibuku sambil menyerahkan surat itu.
Aku membelek2 nya berkali2. Pelik.
Lantas ku membukanya. Masih pelik.
Kehadapan Mohamad Haiqal bin Dato' Azman,
Assalamualaikum sahabat. Khabarnya kau sudah berjaya sekarang? Alhamdulillah, aku amat berbahagia mendengar tentang kau daripada kedua ibubapamu. Oh, mesti kau tertanya2 kan, siapa aku?. Mana datang surat nie?. kan?.. Hmm. biarkan ianya menjadi tanda tanya sehinggalah kau habis membaca surat aku nie. Eh, ape aku nak cakap an kat sini, aku berbangga dengan kau! Aku bangga sebab kau dah jadi seorang yang berguna dan tak membebankan keluargamu dan menyayangi agama. Mana aku tahu? Cukuplah kalau aku cakap yang aku selalu berhubung dengan orang tuamu, dan aku selalu melihat kau dari jauh sejak pertama kali kau jejakkan kaki ke kolej lagi :)...Fikiran aku kembali terpana. Siapakah dia? Apa motif dia seolah-olah sudah mengenaliku lama dahulu.
Aku teruskan membaca surat tersebut.
... Haiqal. kau ingatkah kata-kata ini?
" Eh aku xde mase la nak layan kau, sakit mata tau tak!. Satu lagi, mak bapak aku kaya, so aku xpandai pon, tetap ada duit. Bukan macam kau! Anak orang miskin. Mungkin, sebab tu kan kau rapat dan bertahan ngan aku. Kau nak duit aku ye?"Lantas, secara tiba-tiba.
"ILHAM?!"...terpacul terus nama sahabat yang sudah lama aku rindu itu dari mulut ku ini.
...Kau masihkah ingat padaku lagi, anak seorang miskin? Yang kau sangka selalu mengawal hidupmu wahai sahabat. Sesungguhnya,
sahabat yang beriman ibarat mentari menyinar,sahabat yang setia bagai pewangi mengharumkan,sahabat sejati menjadi pendorong impian,sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Tuhan.
Sungguh Qal, aku berusaha untuk menjadi sahabat seperti itu, namun kau membuangku jauh dari hidupmu. Aku redha, namun aku tetap memerhatikan kau dari jauh walaupun kau tidak melihatku. Sekarang, Alhamdulillah, kita sama-sama berjaya. Ya. aku ni Qal, aku, Ahmad Ilham Ariffie bin Ikmalshah. Sahabat yang kau benci kan.? Aku minta maaf atas segala silapku padamu sahabat. Sungguh, aku ingin kita sama2 berjaya, bukan sahaja di dunia, malah di akhirat jua Qal. Ingatlah,
Berusahalah kita untuk berjaya dan menjauhi kegagalan. Berjayalah di dunia dan akhirat. Jauhilah kegagalan di dunia dan akhirat. Allah cintakan hambaNya yang berada di jalanNya.
Salam dari kejauhan,( Ilham )
Mengalir air mata ku seusai membaca warkah tersebut.
"Ilham! Ilham! Ilham! " jerit ku kepada kedua orang tuaku yang berada di sisi sewaktu aku membaca warkah tersebut.
Ibuku turut menangis juga bapaku bergenang dengan air mata.
"Qal, selama ni, Ilham sentiasa ada dekat dengan kamu. Dia pernah menyatakan, bahawa dia telah berjanji denganmu nak, bahawa dia mahu meneruskan pengajian bersama2 denganmu selepas sekolah menengah." kata abah. Tegas
Lantas aku teringat kata-kata Ilham sewaktu dahulu.
"Qal, aku cuma nk ko belajar, study same2 nak. SPM lagi 2 mggu je ni. Kalau boleh, aku nak belaja sama2 ngan kau lepas habis sekolah nanti. "Makin laju air mataku jatuh ke pipi. Aku menyesal Ilham. Di manakah kau sahabat!
Sungguh, kau seorang yang menepati janji dalam ketidaksedaranku Ilham!
Tiba-tiba, handphone abah berbunyi. Lagu Mawi-HambaMu kedengaran.
Kedengaran suara lembut abah dan gelak tawa abah. Aku pelik. Boleh pulak beliau angkat call time2 aku dalam dilema ni.
Abah memanggil ibu. Handphone abah bertukar tangan. Kini, ibu pula yang tergelak-gelak. Aku terpinga-pinga. Sanggup mereka melupakan situasi aku. Sedih. Aku bergegas keluar ingin menjalankan usaha mencari Ilham. Aku mahu sahabatku semula.
"Eh, kamu nk ke mana tu Qal?" tanya Abah kebingungan.
"Keluar. Cari Ilham." balas ku ringkas
"Tak payah lah cari dia." kata ibuku sambil tertawa setelah panggilan dimatikan tadi.
"Ibu, Abah, dialah sahabat Qal. Sungguh, dunia akhirat ! Qal nak minta maaf pada dia. Qal dah lama menangguhkan ucapan maaf ini! Izinkan Qal keluar ya Bu.. Bah.. " balas ku tegas.
Mereka ketawa tiba-tiba. Ya Allah, sungguh menguji kesabaranku dan hatiku sebagai seorang anak. Namun, aku tetap ke arah pintu keluar rumahku.
Tiba-tiba, ada bayangan seseorang di pintu masuk.
Hatiku berdetak kencang. Apa semua ni.
Seseorang dengan senyuman yang manis.
'Senyuman tu!' gumam ku.
"Kau nak ke mana Qal, kau nak cari Ilham? Aku dah ada kat sini. Cukup untuk aku tahu dan dengar segala-galanya." tegas Ilham disambut dengan senyuman dan tawa ibu dan abah.
Aku tergamam. Benarkah? Macam mana? Bila? Macam2 persoalan timbul di benakku. Aku malu ! Aku malu. Aku malu dengan kau Ilham! jeritku dalan hati kecilku.
Aku kaku. Ilham memandangku. Aku pelik
Namun, ku ketepikan egoku. Aku rindukan bebelan dan teguran Ilham. Itulah namanya sahabat sejati, tidak menyokong bila tidak perlu, dan sentiasa bertindak lembut dalam ketegasan. Aku memeluknya dengan erat. Lama benar aku tidak ketemu denganya.
Masing2 mengalirkan air mata. Sungguh naluri ku terusik, aku layak menangis atas kegembiraan ini.
Aku syukur ke hadratMu Ya Rabbi kerana Engkau telah menemukan aku dengan sahabatku setelah sekian lama.
Ilham menepuk2 belakang ku dengan lembut dan menumbukku perlahan. Tanda rasmi nya pertemuan kami, seperti zaman remaja dahulu. Aku meminta maaf atas kesalahan dan dosa aku terhadapnya dahulu.
Ilham senyum dan berkata bahawa tiada dendam dalam dirinya. Dia sudah lama memaafkan ku. Allah! Dimana lagi aku ingin menjumpai sahabat secekal nya Ya Allah! Alhamdulillah!
Aku tetiba teringat akan isi kandungan warkah yang diberikannya.
"Am. Ape mksud ko yang ko nmpak aku dari jauh.? Sejak dari kolej?" tanya ku hairan.
"Oh.. hahahaha.. Aku pelajar juga disitu lah! hahaha. Cuma aku ambil jurusan lain. Kau xpernah nampak aku sebab kau xpernah nak pandang orang. Asyik pandang buku je,. Jadi aku berkomplot dengan Ibu and Abah kau dengan rancangan aku. Well, kena lah bagi kau pengajaran beb! Maaf ya!"
Aku tersentak. Senyum. Satu tumbukan padu dikenakan ke atas dada Ilham.
"Kurang ajar ko, ko tau x aku cari ko since sekolah lagi? hahaha. amek kau!" gurau ku
"Oii, sakit lah .. " Ilham tersenyum, juga kedua orang tua ku.
Dan rupanya, Ilham juga ditawarkan pengajian di IPTA yang sama dengan aku. Alhamdulillah. Sungguh aku YAKIN DENGAN JANJI MU YA ALLAH!
Alhamdulillah.
Kami bersenda gurau hari itu, dan menceritakan segala hal sejak zaman menghilangnya Ilham, semuanya gara-gara ingin memberiku pengajaran. Terima kasih Ya Allah, atas sahabatku yang istimewa ini. Sungguh aku akan menghargainya tatkala ku susah mahupun senang. Aku cintakan sahabatku Ya Allah, segala-galanya keranaMu. insyaAllah. amiin.
Persahabatan kita takkan pernah putus melainkan Allah menarik nyawa kita ya mek ! Semoga kita dapat menjadi sahabat yang membawa sahabat kita ke jalan yang diredhai Allah. insyaAllah.. amiinSALAM UKHWAH
-Haiqal vs Ilham-
TERIMA KASIH sebab SUDI MEMBACANYA
Renung2 kan dan selamat beramal -NSSMZ-
-NSSMZ-





nice,,, =)
ReplyDeletewarkah yang sungguh istimewa dri sahabat aku ...jika ko aggp ak sahabat laa an...hehehehe...anyway,ap yg ak nk ckp,ak slalu sokong apepn dri ko...mcm ilham...tpi ak bkan la sehebat ilham...mgkin ak tak layak pn dipanggil sahabat...huhuhuhuhu....sush nk cri sahabat mcm ilham....ak pn kagum dgn ap yg dye buat dekat haiqal....but lastly,its very fantastic!!;)
ReplyDeletealhamdulillah. thanks korg sebb baca typing aku heheh
ReplyDeleteyg comment nice tu.. terima kasih sngat2
sweetarabella: sahabat dunia akhirat, insyaAllah. aku syg watak Ilham tu heheh :D
thanks :D
nice....trbaikkk...ade bakat 2,kembangkan=)
ReplyDeleteade bakat ke? time kaseh :D
ReplyDeleteinsyaAllah. thanks for the support <3