Saturday, 25 June 2011

MASIH ADA WAKTU

Pagi itu..
Pandangan Haiqal terblock seketika.
"Woi, tepi lah gemuk!" kata Haiqal kepada kawan sekelas nya Sham. Sham terkedu, entah mana datang gemuk yang dipanggil Haiqal,

'Aku rasa aku nie cukup kurus kering, kenapa ngan Haiqal neh?'

Sham mencari fokus pandangan Haiqal. Sham tersenyum sendirian.

"Ohoiii Haiqal!.. Kau xpasal2 cakap aku gemuk kan. Kau tengok tang mane je lemak kat badan aku neh." kacau Sham kepada ku.

"Eh, aku ckap kau gemuk ye. hahaha, sory la beb, kau blocking pandangan aku, sape suruh." balasku lantaran menyambung pndanganku kepada Damya. Ya. Damya gadis yang berjaya mencuri tumpuan ku.

"Qal, jangan lah kau nak main dengan api, and janganlah kau nak berangan nak dapat si Damya tu" kata Sham. Jujur

"Eh, bila masa aku nak dia. Kau pandai2 je. Tak kan la aku nak kat popuan warak mcm tu. Ish nampok benor nipunye." kata ku. Kelam kabut. Bimbang rahsia terbongkar

"Jangan nak tipu aku la. Aku kenal kau dari sekolah menengah ag tau. Kau tau kan Damya tu budak  baik. Mana lah nak pandang budak jahat macam kita neh. Bangun la bro, sedar do !" peringatan Sham buat aku.

Aku, Haiqal Amar. Kalau tanya budk2 junior or same batch ngan aku, semua kenal. Geng aku, Sham. Budak2 kampus aku gelar kami, mat boya. Alaa. bukn boya sangat pon, kami cuma suka lepak and kacau2 budak je. Dorang yang salah paham. Dan yang paling penting, selalu berkata-kata kasar.

Damya Imani, wanita tu lah, buat aku diam seketika. Yaa. Sebaik namanya. Damya, anak seorang doktor, bijak, dan tak lekang dengan senyuman. Walaupun dia tak pernah pandang aku, aku selalu terpikir senyuman tu untuk aku. Damya budak baik sem aku.

Aku ingat lagi saat tu.

Kelas belum dmasuki pensyarah pada waktu itu, aku dan Sham membuat bising dengan mengacau budk2 perempuan dalam kelas kami. Ada yang suka dikacau, ada yang marah-marah. Namun, hanya ada seorang perempuan sahaja yang tidak berani untukku acah, apatah lagi berkata-kata padanya. Yaa, dia lah Damya Imani. Pernah sekali Sham memberitahuku bahwa dia ingin mengacah acah Damya. Terus kolar baju Sham aku genggam dengan kuat. Pada waktu itu, baruku tersedar akan perasaan ku terhadap Damya.

"Qal... kau suka dia eh? Jujur je lah dengan aku" tanya Sham
"Mana ada!" jawab ku. Ego

"Kalau kau xsuke dye, aku ase aku nak lah kat dia. Kau tolong aku weh. Kau kan ensem SIKIT dari aku" gurau Sham kepadaku.


Lantas meja makan di cafe kampus aku tumbuk dengan kuat. Semua memandang. Termasuklah Damya. Tanpa diduga, aku terpandang Damya. Damya mengerutkan mukanya tanda tidak setuju dengan kekecohanku. Aku terus memaling dengan berwajah sombong. 

"Aku main2 je lah bongak!. Dasar bongak lah kau. Aku sekrng sangat yakin yang kau ada hati dengan Damya, budk islamik tu. Jangan ingat kau leh tipu aku beb" balas Sham, tersenyum namun ada keluhan dalan kata2nya disebabkan tumbukan ku tadi.

"Apa kata kau try ngorat dye. Aku tau sape yg ade nombor budk tu" sambung Sham
"Betul ke Sham? Aku nak." jawabku. Laju
"See! Aku dh agak hahaha.. Xpe2, nnti aku try tanye minah yg rapat ngan Damya tu ye.

Kami berpandangan. Kantoi. Masing2 tergelak2 sakan.

....

"Hye Damya, Haiqal ni" 
Pesanan ringkas dhantar ke nombor Damya setelah aku terimanya petang tadi dari Sham. SMS itu mengambil masa yang lama untukku taip walaupun ringkas sahaja bunyinya. Aku gugup. Xpernah aku rasakan perasaan itu. Sekarang hanya menunngu balasan daripada Damya.

......
Meanwhile,...
Lagu Muhasabah Cinta dendangan Edcoustic memecah keheningan malam. Seusai berdoa, Damya melipat sejadah dan telekung nya setelah menunaikan solat fardhu Isya'. Damya mencapai phone di tepi katil nya. Nombor yang tidak bernama tertera di skrin phonenya.
 "Hye Damya, Haiqal ni" 
'Haiqal?' gumam Damya, gadis berada yang sentiasa rendah diri dan sederhana.

Damya juga, tidaklah ibarat wanita2 cantik yang lain, Damya hanyalah seorang gadis manis nak2 lagi tatkala ia tersenyum.

Agak pelik Damya di mana Haiqal boleh mendapatkan nombor nya. Lantas dibiarkan sahaja mesej tersebut

Haiqal setia menanti, namun tiada balasan.

Di kampus, dia malu hendak menampakkan muka ke Damya. Dia terasa dirinye dicabar.

Perasaan marah mengawal dirinye dek kerana Damya tidak membalas sapaan nye untuk mengenal nya dengan lebih dekat namun dia cuba bersabar lagi dan lagi. Keesokan nya,cuti dan dia menghantar lagi pesanan ringkas kepada Damya.

Sewaktu mendapat SMS Haiqal, Damya tidak tahu untuk melakukan apa. Pabila dia bertanya sahabat2 nya, mereka mengatakan, balas shaja lah kerana mungkin Haiqal ingin bertanyakan sesuatu

Damya juga menguatkn diri untuk membalas nya.

Damya cuba membalas tanpa ada perasaan yg ditonjol.

'Ya Haiqal. Ada apa?'
Alangkah bahagia nya Haiqal pabila nama Damya tertera dalam phonenya. Haiqal bukan ingin menakutkan Damya, namun, dia tidak dapat menahan perasaan untuk menjelaskan yang sebenar kepada Damya.
Damya. saya ada perkara ingin sampaikan sebenarnye.
Damya gusar. Pelik. Apakah yang ingin disampaikan.
"Kat kampus pon xpernah bercakap dengan aku, tetibe nak sampaikan plak ape2 " kata Damya kepada dirinya. Lantas dia membalas dengan pertanyaan 'apa'.

Haiqal dengan semangat didada. dia menjelaskan kepada gadis idamannya.
'Sebenarnya, saya dh lama tengok awak. Saya suka dengan cara awak. Awak baik, xmacam yg lain. Sudi tak awak terima cinta saya?'
Damya kaku, gugup dan segala macam perasaan berlegar2 dalam benaknya. Sebenarnya, bukan apa. Damya juga seorang manusia biasa biarpun dia seorang muslimah sejati. Dia punya rasa cinta juga. Dan perasaan itu dipendamnya sekian lama. Dan perasaan itu juga adalah untuk Haiqal. Namun dek kerana cinta Allah yang teragung dalam dirinya, dia cuba untuk mengusir perasaannya ke arah Haiqal secara perlahan-lahan. Dia takut sekiranya dilayan perasaan itu, bimbang dia tenggelam sekali. Sungguh, dia lebih cintakan Allah Yang Esa.

Dengan rasa sabar dan yakin, Damya terpaksa memendam perasaan nya. Lantas membalas..
'Maaf, bukan sekarang masa untuk bercinta Haiqal. Maaf'
Haiqal membaca mesej itu berulang kali. Perasaan ego datang dengan cepat menyelubungi dirinya. Dia geram!
Lantas, rasa sayang itu tiba2 berubah dengan perasaan marah.
'Hoi pompuan, kau ingat kau bagus sangat ke? Eh, eloklah ade aku tau nak suke2 kat kau. Kau ingat ade org lain ke nak kat kau hah? At least kat kampus tu. Hey, xde sorg pon nak kat kau lah popuan! Dah la bertudung labuh, kau ingat kau dh bagus? Hah! Boley pegii daa!'
Balas Haiqal, lancang. Entah mana datang perasaan marah membuak2 tu. Kemungkinan malu atau khuatir dimalukan pula oleh Damya, oleh itu dia membalas sebegitu gaya. (BODOH)

Menangis Damya membaca mesej itu. Ditatapnya berulang kali mesej tersebut. Sungguh hancur hati Damya. Tidak menyangka sampai begitu sekali Haiqal berkata2 kepadanya.

"Sungguh aku punya perasaan juga pada kau Haiqal, namun cintaku kepadaNya melebihi cintaku padamu. Aku maafkan kau Haiqal kerana bersikap kasar kepadaku. Bukan niatku untuk menipu diriku sendiri, tapi, aku yakin dengan janji Allah. Jika engkau lah jodoh ku, aku terima kau seadanya. Namun, bukan masanya sekarang Haiqal." gumam Damya sendiri. Terkilan.

Keesokannya, Haiqal tidak pergi ke kelas, kerana ingin menjemput abangnya di lapangan terbang. Abangnya, Aqiff Firdaus yang baru menamatkan pengajian di Tokyo, Jepun dalam bidang IT.

Aqiff Firdaus. Haiqal Amar. Adik beradik yang berlainan sikap dan personaliti. Abangnya lembut hati, namun adiknya agak keras hati.
Abangnya yang rajin beribadah biarpun lepasan luar negara, adiknya, kurang sensitif akan ilmu agama.
Namun, mereka amatlah rapat dalam apa2 sahaja aspek. Haiqal amat menghormati dan sayang akan abangnya Aqiff. Begitu juga Aqiff dek kerana mereka berdua beradik sahaja dengan ibubapa mereka.

PART 1.. settle. PART 2.. menyusul... :) -NSSMZ-


1 comment:

  1. tinggalkan komen jika hendakkan or nak tahu sambungannya
    time kasih for ur support ! <3

    ReplyDelete