Sunday, 26 June 2011

MASIH ADA WAKTU PT2

"Wah, long tyme no see huh Qal!" ucap Aqiff sambil memeluk adik kesayangannya itu


"Ala, abang neh, malu aku, jangan la main peluk2 cium kat public ni" balasku. Malu. Orang pandang

Aqiff cuma tersenyum melihatku yang agak kurang matang tentang pelukan seorang abang yang sudah 5 tahun tidak bertemu adiknya. Hanya email, facebook dan skype sahaja lah pengubat rindu Aqiff kepada family nya.

"Alah ko neh Qal, aku dah lama xnampak kau, tu pon nak bising." kata Aqiff sambil menumbuk lembut bahu aku.

Dalam perjalanan pulang, Haiqal bertanyakan macam2 kepada abangnya. Termasuklah tentang cinta sesama insan. Haiqal yang membawa kereta, jadi tidak salah kalau Aqiff ditujukan soklan berpusu2.

"Bang, kau kat sana xde jumpe awek2 cun ke? Xde bawak balik jumpa kami pon!" gurauku bersahaja

Aqiff tersenyum. Geli hati melihat muka miang adiknya itu.

"Dek, aku kat sana kan belajar, mana ade masa nk cari calon kakak ipar kau. Lagipun, semua awek kat sana seksi lah, geli mata hati aku tengok hahah!" balas Aqiff
"Wah, seksi lah best bang! Bangga aku dapat akak macam tu do. Kalau aku bawak kakak ipar aku jalan2, mesti ramai awek nak kat aku hahah" kataku sengaja menguji Aqiff

Aqiff gelak sakan mendengar kata2 Haiqal. Dia faham akan gurauan adiknya itu.
"Bang, skang aku serious ni. Kau xde minat sapa2 ke kat sana bang?" wajah Haiqal serious

"Qal, aku belum jumpa tulang rusuk aku, lagipun kat Jepun tu, xramai sangat budak course aku popuan Melayu, Islam.. kalau ada pon, yang ..em mcm aku ckap tadi, xsesuai sngat dbuat isteri aku. Bukan lah kesempurnaan yang aku minta, tapi cuma, kalau nak beristeri, aku nak cari yang pandai masak, and paling penting solehah. Boleh la masing2 membimbing masing2 kan. Kau tanya aku sal pasangan2 ni kenapa?"jelas Aqiff


''Xda pape la. Kau, macam xboley je aku nak tau perkembangan abang aku.! Em, kau xnak kapel or xpenah kapel ke sepanjang kau kat negara matahari terbit tu Qiff?"tanya Haiqal.

"Perlu ke dik kapel2 nie? Aku rasa bagi aku tak perlu kot. Aku nak time aku kenal ngan perempuan tu, and dye kenal aku pulak then aku masuk meminang je terus. Aku xnak lah membazir masa kapel2 nie. Lagipun dalam Islam kan melarang sama sekali kapel2 nie." jelas Aqiff
"Ye la, tapi kena lah usaha kan nak jumpa jodoh tu kan.. Jadi tak salah la nak.." balas Haiqal

"Abang tahu, jodoh tak datang bergolek, tapi dik, niat xmenghalalkan cara" jelas Aqiff lagi kepada Haiqal




Haiqal cuma tersenyum. Aqiff mula menutup mata. Berehat. Letih menaiki kapal terbang tadi gamaknya.

Haiqal kemudian memandang wajah suci abangnya. Bersih. Bangga dia melihat abangnya yang biarpun sudah lama menetap di negara yang bukan Islam, namun akhlaknya sama seperti sebelum dia pergi meninggalkan Malaysia, malah lebih baik lagi. Sungguh dia bangga akan Aqiff dalam diam.



Lain dengannya, di Malaysia, yang xpernah keluar negara pon, akhlaknya tidak sebagus abangnya. Fikirnya, salah dirinya sendiri, namun belum ada kesedarannya di hati.

Sesampainya di rumah, umi dan abah menyambut kedatangan Aqiff dengan riuh sekali, ada juga saudara mara yang datang bersama2 hadiah2 yang ingin diberikan kepada Aqiff dek kerana berjaya dengan cemerlang nya di sana bagi mendapatkan ijazah dalam bidang multimedia tersebut. Lagipun, sebuah majlis kesyukuran kecil-kecilan dibuat untuk meraikan kedatangan Aqiff yang pulan dengan selamat ke tanah air.



Malam itu, setelah siap2 berkemas2 selepas saudara-mara pulang ke rumah masing2, Haiqal melepak di bilik abangnya. Rindu. Dia mahu berborak lagi dan menanyakan pendapat tentang Damya, namun hati nya belum kuat lagi.

"Qal, kau belaja ape eh sekrang, aku lupe la." tanya Aqiff
"Aku kan belaja kulinari, awat? Aku xmacam kau, otak mesin, aku otak sedap punyee hahah" balas Haiqal.

Soklan demi soklan dibicarakan dan dijawab diantara mereka berdua. Sampai satu ketika, Haiqal menguap besar tanda mengantuk sangat dah tu.

"HUARGHHH!" nguap Haiqal tanpa menutup mulut.

"Oit, mulut awok tu, berkejar2 la setan masuk lam mulut tu. Dah, g la tido, abang nak kemas sikit2 lagi nie. Kau jangan lupa Subuh esok, kita jemaah sama2 nanti,insyaAllah.. Dah, ssuhhh hahah." pesan Aqiff kepada Haiqal. Haiqal bangun dan bergerak pergi. Dibalingnya bantal ke arah Aqiff menandakan dia ingin blaa dulu.

Belum sampai sejam Haiqal melelapkan matanya, dia terdengar bacaan Al-Quran yang sayup-sayup dari luar biliknya.
Haiqal dapat mengagak bahwa itu suara abangnya, lantas dia terus bangun. Segar tiba-tiba. Ada satu rasa yang melingkar dalam hati nya. Sedih. Gembira. Sepi hati.

Alangkah hibanya rasa hati, alangkah terharunya, macam2 perasaan yang ada dalam hatinya waktu itu. Dia melihat Aqiff sedang membaca Al-Quran sambil menangis2. Sungguh teresak-esak.
Haiqal berdiri lama di muka pintu bilik Aqiff, tidak mahu menggangu abangnya mengaji. Sungguh lama dia tidak menyentuh Al-quran tersebut.

Seusai membaca Al-quran, Aqiff mengesat air matanya. Lantas berdoa.
Bismillahirahmanirrahim, Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, hambamu menadahkan tanganku yang hina ini Ya Allah untuk memohon keampunanmu. Kau ampunkanlah dosa2 ku Ya Allah, sungguh aku sentiasa mengecewakanMu. Kau kuatkanlah hatiku Ya Allah dalam menempuh segala dugaan dalam kehidupan ku.
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunkanlah dosa2 ibubapaku Ya Allah. Berilah mereka kekuatan dalam menempuh kehidupan ini. Semoga mereka sentiasa berbahagia Ya Allah dengan adanya kami sebagai cahaya mata mereka. Sungguh , merekalah hartaku Ya Rabb
 Ya Allah Ya Rahman, hamba berdoa Ya Allah agar Engkau lembutkan lah hati adikku Ahmad Haiqal Amar supaya dia lebih mencintakan Mu Ya Allah. Sungguh aku amat menyayangi adikku itu. Hamba berdoa agar segala urusannya didunia jua diakhirat dipermudahkan olehMu Ya Rabb. Kau pertemukanlah petunjukMu kepadanya Ya Allah. Sungguh aku cintakan adikku. Semoga hatinya sentiasa berzikir ke hadratMu Ya Allah. Sesungguhnya, bukanlah aku yang terbaik namun kerna sayangku kepadanya hamba mendoakan ke atasnya Ya Tuhan. Semoga dia mendapat Nur Mu Ya Allah. 
Semoga cintaku  kepada dunia ini tidak melebihi cintaku kepadaMu Ya Allah.
Amiin Ya Rabbal Alamiinn. 
Air mata Haiqal berlinangan dengan laju nya. Entah darimana datangnya mutiara2 mata ini, tanpa diseka, Haiqal lantas pulang ke kamarnya risau jikalau Aqiff terlihat dirinya di muka pintunya. Jam menunjukkan pukul 330 pagi. Haiqal merasakan bahwa dirinya ingin berubah. Sungguh. Dia ke kamar mandi dan keluar berserta dengan wudhuk. Sudah lama dia meninggalkan fardhunya. Jarang sekali dia menunaikan solat tersebut mungkin kerana itu lisannya agak kasar.

Sejadah dikeluarkan dari dalam almari, dia menangis tatkala melihat sejadah yang terlipat rapi menandakan tiada sesiapa yang menggunakannya. Haiqal solat sunat taubat dengan penuh rasa keinsafan. Doa abangnya dengan iizin Allah termakbul. Haiqal menangis tatkala bersujud terakhir, sungguh dia rindu akan perasaan sekarang, puas.
Seusai solat, dia mengucap syukur ke hadrat Allah dan berdoa semahu2 nya.
Kemudian, dia ke bilik abangnya, ingin berterima kasih. Aqiff sedang membetulkan bantalnya tatkala Haiqal berada di depan pintu. Haiqal meluru kepada abangnya dan memeluk nya erat. Aqiff pelik.

"Kau kenapa nie Qal? Kena sampuk apa kau ni?" kata Aqiff terkejut.
"Aku nak berubah Qiff, aku xnak jadi Haiqal yang dulu, aku nak berubah. Kau tolong tunjukkan aku jalan ya Qiff. Aku tak kuat bila ketiadaan kau di rumah ini, aku xsalahkan ibu atau abah , aku salahkan diri sendiri yang tak mahu bersama2 mereka tatkala berjemaah ataupun membincangkan tentang agama. Aku malu bang, aku malu dengan diri aku ni!" sedu sedan Haiqal memberitahu abangnya.

Airmata tulus jatuh di pipi Aqiff, dia terharu dengan usaha adiknya untuk berubah. Terus dia memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui akan segala sesuatu.

"Nah, kau baca buku ni ya Qal. Aku berbahagia sangat melihat kau ingin berubah. Dan, ini hadiah aku untuk kau. Baca tau. Fahami dan selami ayat-ayat dalam buku tu. " kata Aqiff lembut sambil menyerahkan buku Senyum & Tangis Rasulullah SAW serta tafsir Al-quran untuk dihadiahkan kepada Haiqal. Menitis air mata Haiqal begitu juga dengan Aqiff. Alhamdulillah atas segala ketentuanMu.


Haiqal ke kampus seperti biasa. Hari itu, Aqiff yang menghantarnya dek kerana dia pun tiada apa2 ingin dilakukan pada pagi itu.
"Dik, istiqamah lah kau ye dalam perubahan ini. Lebih elok lagi jika kau membantu rakanmu juga untuk berubah sesungguhnya sahabat yang baik membawa ke jalan yang diredhai. InsyaAllah okey dik!" kata2 semangat diberikan kepada Haiqal daripada Aqiff.

Haiqal menggangguk dan tersenyum. Dia sempat melihat abangnya berlalu pergi. Sejak kepulangan abangnya, dia bayangan Damya kurang diingatannya. Mungkin kerana cintanya kepada abangnya melebihi kasihnya kepada Damya. Lagipun padanya, buat apa difikirkan tentang gadis yang tidak halal lagi buatnya. Dia melangkah dengan nafas baru dan dengan senyuman.

Pagi itu, seperti biasa, Sham menunggunya di kafe, mereka bergerak bersama2 ke kelas.
"Qal, I noticed something different about u man."kata Sham sambil tersenyum
"Kau dh dapat tackle Damya ye, ke kau ade buat ape2 semalam ha sampai berseri2 je muka kau, sek tersengih2 je dari tadi. Ce kobar kat aku ni."sambung Sham lagi.

"Mana ada apa2 lah, dan xde kaitan ngan Damya..Emm, Sham, sebenarnya aku rasa nak berubah la, aku xnak kita jadi macam dulu... Aku malu lah dengan perangai aku yang dulu. "jelas Haiqal
"Kau berubah? Kau berubah?"gelak Sham memikirkan Haiqal hanya bergurau.
"Aku serius ni., tapi tak pe lah kalau kau tak percaya" jelas Haiqal sambil tersenyum dan berlalu
Sham mengejar Haiqal dan kini mempercayai niat baik sahabatnya.
"Qal, kau betul nak berubah ye?"tanya Sham.Mahu kepastian
Haiqal hanya mengangguk
"Alhamdulillah. Akhirnya. Hmm. Aku sokong dengan niat kau. Aku hormat kau. Kau cuba bagi sokongan dan dorongan untuk aku juga ye Qal. Sebenarnya, aku pun dah muak dengan perangai kita yang asyik nak ngaco org tu. Macam x adult je hahah."jelas Sham

Alhamdulillah kerana Haiqal mempunyai sahabat yang boleh menerima perubahannya. Sungguh dia mencintai ukhwah itu.



Pejam celik pejam celik, Sham dan Haiqal serta sahabat2 yang lain telah pun berjaya mendapatkan segulung diploma dalam jurusan mereka. Masing2 gembira dan sangat bersyukur.
Damya juga kelihatan sangat gembira pabila bersama2 dengan ibubapanya sewaktu graduation day itu.
Haiqal, sungguh. Dia tetap manusia biasa, biarpun dia berubah ke arah kebaikan, perasaannya terhadap Damya juga tidak pernah berubah. Bahkan, niatnya ingin menjadikan Damya yang halal buatnya sekiranya dia telah mempunyai pekerjaan yang tetap nanti. Sungguh dia ingin menggembirakan Damya.

Namun, segala2nya berkecai apabila dia melihat seorang lelaki bersalaman dengan ibubapa Damya pada hari itu. Hati Haiqal sangat pedih namun, cintanya kepada Allah juga melebihi segalanya. Dia cuba untuk tidak bersedih sangat.

Sham bertemu semula setelah setengah jam meninggalkan Haiqal bersama2 abang dan ibu bapanya tadi kerana dia juga berjumpa dengan keluarganya.

Rupa2 nya, keluarga Haiqal juga telah pulang. Sham melihat Haiqal sedih tatkala dia mahu ke arah sahabatnya itu. Seperti biasa, Sham mencari punca pandangan. 'Oh..mesti dah pikir lain kawan aku nie'getus hati Sham.

"Qal!!!"jerit Sham gembira.
"Tahniah tahniah . Syukur Alhamdulillah sahabat!" sambung Sham

Haiqal melemparkan senyuman dan bersalaman sambil berpelukan dengan Sham.

Tiba-tiba Sham menyambung. "Lelaki tu, abang dia, baru balik dari oversea. Cuti katanya. Aku dapat tahu pun dari Pija, member Damya tu. Bagus tak kawan kau nie . Bagus tak? " jelas Sham diselang selikan dengan tawanya.

Sinar wajah Haiqal kembali. Dalam hatinya dia bersyukur.

"Aku akan dapatkan kau Damya. Aku nak kau jadi yang halal buat aku." jelas Haiqal tanpa disedari didengar oleh Sham.
"Sweet nye hahaha.. Aku setuju Qal, kau berusaha lah. Jom, kita lepak dengan sahabat2 lain, ye la, lepas ni entah mana kita semua pergi kan. Mari." ajak Sham.

Mereka berlalu. Rupa-rupanya, Damya juga memerhatikan Haiqal. Dia hanya mampu memerhati. Dia tertanya2, adakah perasaan Haiqal untuk dia masih ada. Damya hanya mampu berserah. Sekiranya Haiqal lah pemilik tulang rusuk nya, maka, lambat laun, mereka akan bersama2 juga. Doa Damya di dalam hati.

Beberapa tahun telah berlalu, Haiqal masih belum berpunya kerana dia sibuk mengumpul wang untuk kaum keluarga nya dan yaa, demi Damya juga.
Banyak khabar yang dia terima akan perkhawinan sahabat2 yang lain. Sungguh dia merasa kebahagiaan untuk mereka. Begitu juga dengan Sham yang baru-baru itu bernikah dengan gadis pilihannya, seorang muslimah yang baik budi. Syukur.

Namun, Haiqal tetap bersabar.

Damya. Damya juga belum menemukan jodohnya. Dia juga agak sibuk dengan urusan kerjayanya sebagai seorang pakar masakan di salah sebuah restoran ternama.

Namun, jauh di sudut hati masing2, mereka sentiasa berdoa agar disatukan meskipun Haiqal tidak pernah mengetahui akan perasaannya.

Kepak kepak Kebum kebum Kepak Kebum Kepak Pak BUm bum!!!

Malam itu...
Haiqal melihat isterinya menangis. Lalu dia bertanyakan kepada isterinya jika sesuatu telah terjadi.

"Awak tak apa2 ke. Sakit? Awak sedih ke wak sebab nikah dengan saya?"kat Haiqal polos
"Saya menangis sebab saya bersyukur wak" kata isteri Haiqal
"Alhamdulillah, tapi kenapa?"balas Haiqal

"Qal, sebenarnya, saya juga turut meyimpan perasaan terhadap awak Qal, tatkala awak pertama tama kalinya beri mesej kepada saya, saya sangat2 bahagia, namun, belum waktunya untuk saya terima awak. Pada waktu itu, awak bukan yang halal buat saya. Saya takutkan Allah, saya lebih mencintainya. Juga sekarang. Tapi, sekarang, saya bersyukur kerana segala penantian saya telah berakhir dan doa saya telah terjawab. Doa saya akan awak Haiqal, menjadi jodoh saya." jelas Damya sambil menitiskan air mata nya yang tulus.
Ya. DAMYA dan HAIQAL selamat diijabkabul pada petang itu setelah betahun2 Haiqal bertungkus lumus dalam mendapatkan ekonomi tetap. Mungkin sudah tertulis jodoh mereka, maka, mereka bertemu semula dan Haiqal mengikatnya untuk dijadikan isteri yang sah.

Sungguh terharu hati Haiqal. Dia tidak pernah menyangka bahwa Damya juga menaruh perasaan terhadapnya. Sungguh dia bersyukur kerana sentiasa yakin akan janji Allah Yang Esa.

Mereka menunaikan solat sunat bersama2 di malam pernikahan mereka. Mereka berdoa semoga kehidupan mereka diberkati. Seusai solat, Haiqal mencium dahi isteri tercinta. Damya sempat menitiskan air mata. Sungguh manis saat itu. Akhirnya mereka dapat bersama2 berkat keyakinan mereka terhadap janji2 Allah, dan perasaan mereka yang tidak berbelah bahagi. Syukur Haiqal tidak memaksa Damya pada ketika dulu, dan Damya juga bersyukur kerana tidak menerima Haiqal lagi ketika mereka tidak mempunyai apa2 ikatan pun. 

Haiqal ingat lagi kata-kata abangnya juga Sham sebelum ingin menyunting Damya,
"Sesungguhnya Qal, kau yakinlah dengan janji-janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji dik ."senyum Aqiff sewaktu itu.
"Betul tu Qal, aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Kau juga kena ingat, sekiranya dia adalah jodoh kau, maka lambat laun, kau juga pasti akan mendapatkannya. Jika bukan, teruskanlah hidupmu sahabat. Aku sentiasa ada buatmu." kata Sham.

Sungguh! Segala2 nya pasti. Damya sudah menjadi miliknya yang sah. Semoga dia dapat menjaga Damya dengan baik dan membahagiakan dia semampunya. Inilah yang dikatakan jodoh daripada Allah Yang Esa
Alhamdulillah.




AKHIRNYA SELESAI !!! -NSSMZ-
PART 2-end-
Haiqal Amar dan Damya Imani

1 comment:

  1. great!!!keep on in you writing dear,,,=),,,

    ReplyDelete